Kepada semua PTJ,
Tuan/ Puan,
Sekiranya pegawai membuat perubahan nombor akaun bank gaji di Sistem SAPGUI HCP, PTJ perlu memastikan akaun bank yang sama juga digunakan di dalam sistem iGFMAS Portal.
2. Unit Kewangan PTJ perlu memastikan bahawa nombor akaun bank pegawai yang dikemaskini adalah sama bagi kedua-dua sistem tersebut. Tindakan ini adalah bagi memastikan sebarang pembayaran tuntutan pegawai melalui iGFMAS boleh diproses tanpa sebarang masalah.
3. Sebarang pertanyaan berkenaan urusan gaji, sila hubungi pegawai Unit Gaji JANM Kapit di talian 084-796382 samb. 121 (Pn. Rekha a/p Kannapathy) dan 117 (En.Mohammad Syerhan Bin Sahiron).
Sekian, terima kasih.